![]() |
| Di antara dua persimpangan |
Antara Kebaikan Dan Kejahatan
Jangan sampai pandangan buruk yang dilemparkan kepada seseorang menggelapkan mata kita untuk melihat kebaikan yang dilakukannya.Begitu juga dengan orang yang kita anggap terlalu baik,sampai kita merasakan tidak ada dosa atau kesilapan yang diperbuat.Bukanlah bermaksud kita perlu mencari kesalahan orang lain.Akan tetapi,perkara yang perlu disedari adalah manusia cenderung kepada kebaikan dan boleh jadi juga kejahatan seringkali menguasai keadaan.Latar belakang hidup manusia itu berbeza-beza di antara satu dengan yang lain.Berilah penilaian yang adil dan saksama.Nilailah manusia dalam sepenuh masa atau secara keseluruhan hidupnya.Bukan hanya menilai berdasarkan separuh masa atau keadaan tertentu sahaja.Manusia boleh berubah bila-bila masa.Apabila sampai masa datang petunjuk ,tiada siapa yang boleh memesongkannya.
Mengapa menilai manusia dengan adil begitu penting?Apabila seseorang itu merasakan orang memandang serong kepada dirinya,timbul dalam hatinya perasaan tidak disukai.Dia mungkin menganggap orang lain menjauhkan diri daripadanya.Perasaan yang salah ini menyebabkan dirinya membina tembok pemikiran,’apa guna berbuat baik jika tidak dihargai orang?’.Dia mungkin tidak kisah jika tidak disukai,akan tetapi disebabkan segelintir orang memandang serong dengan perbuatannya,menjadikan dirinya jauh daripada kebaikan.
![]() |
| Gambar hiasan |
Sebaliknya,bagi orang yang dipandang tinggi dan sentiasa berada di dalam kebaikan,mungkin akan meletakkan dirinya contoh kepada orang lain.Perasaannya barangkali mengatakan tiada kesalahan yang perlu ditakuti kerana orang sentiasa menganggap setiap yang datang daripada dirinya adalah baik.Perkara seumpama ini juga perlu diberi perhatian.Hal ini kerana,insan baik sekalipun tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.Ketika kita sibuk menilai orang lain,penilaian yang sama juga turut dibuat ke atas diri kita.
Malah,sesuatu itu walaupun kecil,ia tetap kebaikan yang dinilai.Kejahatan yang dilakukan walau apa jua alasan untuk menutupinya,ia tetap keburukan yang perlu dijauhi.
Malah,sesuatu itu walaupun kecil,ia tetap kebaikan yang dinilai.Kejahatan yang dilakukan walau apa jua alasan untuk menutupinya,ia tetap keburukan yang perlu dijauhi.
Ingat-mengingati
Ramai orang yang suka memberi peringatan,ingat-mengingati di antara satu sama lain.Apatah lagi dalam dunia yang serba canggih,segala nasihat boleh disampaikan hanya dengan menggunakan hujung jari.Namun,jika menegur perbuatan yang mungkin mengundang keaiban,ia tidak wajar dilakukan secara terbuka.Cukuplah sekadar berlapik atau tidak menyebut sesiapa yang terlibat.Hal ini kerana,niat ingin memberi nasihat mungkin baik akan tetapi silap haribulan dengan cara dan pendekatan yang tidak sesuai,ia bakal mengundang kebencian.Walaupun dunia teknologi sudah maju,kalau sekadar ingin menegur rakan di sebelah,lebih elok ia dilakukan secara berhadapan.Maka,berhati-hatilah dalam membuat teguran.
![]() |
| Gambar hiasan |
![]() |
| Al-Quran sebagai panduan |
Beginilah pusingan hidup manusia.Seringkali dicemari dengan sangkaan buruk melebihi berbaik sangka.Perkara ini perlu diperbetulkan.Mungkin perkara yang kita ketahui mengenai seseorang jauh lebih sedikit daripada perkara yang tidak diketahui.Dan berkemungkinan orang lain lebih baik perbuatannya berbanding diri kita sendiri.Justeru,berlaku adillah dan jangan keterlaluan dalam menilai manusia.Bukankah berlaku adil itu lebih dekat kepada taqwa?





0 ulasan:
Catat Ulasan