 |
| Melawat wilayah masyarakat Muslim di selatan Thailand |
Thailand adalah sebuah negara yang terkenal dengan destinasi pelancongan yang menarik.Begitu juga tidak sunyi daripada isu panas yang melingkari kerajaan pemerintah dan rakyat.Kesempatan untuk berkunjung ke wilayah selatan Thailand tidak dilepaskan.Kebetulan pula di Malaysia cuti umum pada hari Jumaat,27 Ogos 2010,peluang yang ada tidak disia-siakan.Perjalanan ke sempadan Malaysia-Thailand melalui pintu masuk Rantau Panjang mengambil masa kira-kira 8 jam perjalanan.
 |
| Bergambar di hadapan imigresen Rantau Panjang |
Kemudian,perjalanan diteruskan ke Yala dengan menaiki keretapi yang sungguh klasik.Masa perjalanan agak lama iaitu lebih kurang 4 jam.Bermula dari sinilah dapat diperhatikan askar sentiasa berkawal.Suasana yang dirasakan agak tertekan kerana bukan sahaja di perhentian keretapi malah di atas gerabak itu sendiri akan ada askar yang berkeliaran sambil membawa senjata api.
27 Ogos 2010 : Tiba di Yayasan Pendidikan Selatan Thailand
 |
| Berehat di pejabat Yayasan selepas solat Jumaat sambil mendengar taklimat |
Yayasan ini adalah sebuah pertubuhan yang telah memainkan peranan penting.Walaupun mereka baru beberapa tahun berdaftar secara rasmi,akan tetapi pergerakan mereka telah wujud sebelum daripada itu lagi.Antara perkara yang mereka laksanakan ialah membantu ibu tunggal(suami mati dibunuh) menyara keluarga,membantu anak-anak yatim meneruskan sesi pembelajaran,membantu urusan peguam jika ada yang ditangkap dan banyak lagi.Hati mereka sangat dekat dengan masyarakat.Usaha mereka ini wajar dicontohi tanpa mengira musim mahupun kedudukan ataupun waktu yang selesa.
Setelah hampir dua jam berehat di sini,kami bersiap-siap untuk bertolak menuju ke Kampung Paya,Yala.Di kampung inilah kami akan dibahagikan mengikut keluarga angkat masing-masing.
 |
| Tiba di Masjid Kg. Paya |
 |
| Kaum ibu sedang memasak |
Ketika sampai di kampung ini pun,orang-orang kampung sedang sibuk memasak untuk juadah berbuka puasa.Agak kekok berbual dengan orang-orang di sini kerana mereka lebih senang berbual dengan bahasa Melayu slanga orang Kelantan.Selain itu,menurut orang di sini,hampir 14 tahun tiada orang dari Malaysia melawat mereka.Kali terakhir adalah rombongan dari ITM(kini UiTM) pada tahun 1996.Tidak hairanlah mereka sungguh bersemangat menerima kedatangan kami.Waktu di sini pula lewat satu jam dari waktu tempatan.Kalau bangun di waktu pagi,memang terpaksa meredah gelap untuk mandi di air telaga.Sangat indah dan sejuk hingga ke tulang.
 |
| Wajah kanak-kanak yang sedang menunggu untuk menerima sumbangan |
|
|
|
28 Ogos 2010 : English Camp
Antara slot yang sempat diatur bersama dengan anak-anak di sana ialah English Camp.Selain daripada itu,ada diantara kami yang bertemu dengan pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di Kolej Darul Hikmah,Kajang,Malaysia.
 |
| Suasana ketika English Camp berlangsung |
 |
| Para pelajar yang kini sudah berada di Malaysia |
Namun,perkara yang agak ketara dilihat dalam kehidupan mereka di sini adalah perasaan rendah diri(inferiority complex) yang amat sangat.Mungkin disebabkan dasar pemerintah yang kejam dan keras terhadap masyarakat Muslim di sini.Manakan tidak,andai memberontak maka nyawa adalah galang gantinya.Akan tetapi,perkara yang sangat menggembirakan ialah masyarakatnya komited mengamalkan Islam walaupun hidup diselubungi ketakutan.Masjid boleh dikatakan makmur dengan kehadiran para jemaahnya.
 |
| Pulang menaiki tut-tut |
 |
| Bergambar setelah selesai program |
|
 |
| Singgah di kandang kambing |
 |
| Sedang menikmati juadah berbuka |
Majlis berbuka puasanya sungguh meriah.Makanan yang dihidangkan pun tidak kurang enaknya.Cuma kebiasaan orang di sini mereka hanya meminum air kosong.Mungkin kerana lauk-pauknya pun sudah cukup manis.
 |
| Makanan yang enak |
Solat tarawih mereka tidak seperti di Malaysia.Walaupun hanya lapan rakaat,tetapi imam akan menghabiskan bacaan surah sebanyak satu juzu'.Bayangkan betapa lamanya kita perlu berdiri.Bagi yang tidak biasa,memang berpeluh juga dibuatnya.
 |
| Jamuan moreh |
Selesai solat tarawih,kami menerima jemputan makan malam di rumah orang-orang kampung.Kami sempat menziarahi 4 buah rumah pada malam terakhir kami berada di sana.
 |
| Makan beramai-ramai |
 |
| Sireh Yala |
|
 |
| Bebola ikan ini dipanggil lok cheng |
Aktiviti pada malam ini berakhir dengan melawat rumah seorang rakan sebaya dengan kami,Ahmad Lutfi.Seorang anak muda yang menjadi harapan orang kampung di sana.
 |
| Berbual di rumah Lutfi |
bersambung
0 ulasan:
Catat Ulasan