Malaysia semakin bertambah usia merdekanya.Rakyat sudah pasti bergembira.Hidup dalam suasana yang aman,harmoni dan tenteram tanpa gangguan penjajah atau ancaman pihak yang berniat jahat.Apatah lagi,pada tahun ini,hari yang bersejarah itu disambut pada bulan Ramadhan.Dan mungkin sesekali memori lampau mengusik jiwa mengenangkan pengorbanan para pejuang terdahulu menuntut kemerdekaan.Harta,darah dan nyawa mereka menjadi pertaruhan demi keselesaan hidup kita pada hari ini.Pengorbanan mereka tidak menuntut harga untuk dibayar,tetapi tanggungjawab kita generasi pada hari ini untuk terus mempertahankannya.
Kemerdekaan Hakiki
Sungguhpun kedaulatan negara berjaya diperolehi,kita wajar mempersoalkan kembali, apakah kita merdeka dalam erti kata yang sebenar?Jika diukur dari sudut kemajuan dan pembangunan,pencapaian Malaysia dalam tempoh separuh abad ini boleh dibanggakan.Bagaimana jika diukur dari sudut yang lain?Kadar jenayah,gejala sosial dalam kalangan masyarakat,nilai integriti dalam pentadbiran negara?Kita antara juara dalam kalangan negara maju dan negara membangun yang mengalami keruntuhan akhlak remaja,rasuah dan pecah amanah dalam urusan.
Lihat apa yang disebut oleh Rib’i bin Amir apabila ditanya tujuan kedatangannya oleh Rustam,panglima angkatan tentera Parsi:
“Kami dibangkitkan supaya (kami) mengeluarkan sesiapa yang Allah kehendaki daripada mengabdikan diri sesama hamba kepada mengabdikan hanya kepada Allah,daripada kekejaman agama-agama(yakni sistem) kepada keadilan Islam,daripada dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat”
Ungkapan ini bermaksud kemerdekaan yang sebenar adalah pengabdian diri hanya kepada Allah dan meninggalkan perhambaan sesama makhluk.Pengertian merdeka yang sebenar inilah yang menjadikan insan itu mulia walau manusia menghinanya.Jika aqidahnya tulus hanya kepada Allah,seseorang itu telah merdeka.
Namun,ada juga manusia yang menjadikan nafsu sebagai Tuhannya.Firman Allah yang bermaksud:
“Maka tidakkah kamu lihat orang yang menjadikan hawa nafsunya Tuhan yang dipatuhinya,dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuinya(bahawa ia tetap kufur ingkar),dan ditutupi pendengarannya dan hatinya,serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya?Maka,siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah(menjadikan dia berkeadaan demikian)?Oleh itu,mengapa kamu(wahai orang yang ingkar)tidak insaf?”(Al-Jaathiyah, 45:23)

Masa Depan Islam di Malaysia
Dalam tempoh yang panjang ini juga,kita berasa sungguh hairan mengapa Islam semakin disalahfahami.Beberapa isu yang berlaku seperti perebutan kalimah Allah,bukan Muslim masuk ke dalam masjid,doa kepada bukan Muslim meletakkan umat Islam di Malaysia dalam persimpangan.Tuduh-menuduh berlaku sesama Muslim turut mengheret beberapa orang tokoh terkenal menjadikan situasi seperti ini semakin tidak menentu.Bukan Muslim semakin kabur dan tidak jelas tentang agama Islam yang membawa rahmat ini.Belum lagi diambil kira Muslim yang jauh daripada amalan dan penghayatan dalam kehidupan.Mereka cukup selesa hanya dengan nama ala-ala Muslim.
Sewajarnya kita kembali kepada Islam yang sebenar.Sebagaimana Nabi mendidik sahabat memahami Islam,begitulah kita sepatutnya mengambil dan mengamalkannya dalam kehidupan.Hanya dengan Islam yang tulen mampu mengembalikan kemerdekaan yang sebenar ke dalam jiwa.
Kata-kata Amirul Mukminin Umar ibn al-Khattab ketika pembukaan Masjid al-Aqsa seharusnya menyedarkan kita.Beliau berkata:
“Kita dahulunya merupakan kaum yang hina,Allah SWT telah memuliakan kita dengan Islam,andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah Allah muliakan kita dengannya,maka kita akan dihina oleh Allah”.
Sama ada kita terus berada di dalam kemerdekaan yang palsu atau mencari kemerdekaan yang sebenar.Pilihan berada di tangan kita.Semoga Malaysia di masa hadapan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.Merdeka!Merdeka!Merdeka!.

0 ulasan:
Catat Ulasan