Isnin, 5 Julai 2010





APA ITU YANG MEREKA CEMBURU?





Apa itu yang mereka cemburu?


Andai harta yang menjadi ukuran


Mungkin harta mereka lebih banyak daripada yang dicemburui


Yang dicemburui itu mungkin lebih lelah hidupnya berbanding orang lain




Apa itu yang mereka cemburu?

Adakah kerana orang tidak memberi perhatian kepadanya?

Atau dengki kerana cakapnya kurang mendapat sambutan?

Atau mungkin kerana orang lain lebih maju daripadanya?




Apa itu yang mereka cemburu?


Adakah kerana pangkatnya tidak cukup tinggi?


Atau kerana tidak mahu orang lebih tinggi daripadanya?


Mungkin juga kerana diancam orang yang lebih rendah daripadanya




Apa itu yang mereka cemburu?

Adakah kerana hak miliknya diambil orang?


Atau kerana penampilannya tidak cukup bagus daripada orang lain?


Atau mungkin hanya hasad semata?



Apa itu yang mereka cemburu?

Adakah kerana penyokongnya hanya lebih kurang?

Mungkin kerana tidak suka melihat orang lain lebih disokong


Maka nista dan cerca direka untuk mengurangkan penyokong lawannya

Apa itu yang mereka cemburu?

Sebabnya pun belum jua diketahui

Adakah kerana ingin meneruskan sengketa lama?

Yang belum kelihatan jalan penghujungnya

Ayuh!

Hari ini leburkan cemburumu






















2 ulasan:

asza berkata...

dah pandai berpuitis skang..haha

umairatul fadhilat berkata...

cemburu hakikatnya memberitahu mereka mahu menjadi seperti itu, cume menjadi musibah pabila diterjemah dengan cara yang salah, ramai yang cemburu kerana yang lain lebih baik dari mereka, pilihan di tangan mereka, mahu mengubah paradigma diri atau berada di takuk yg sama sambil cuba mencari kelemahan orang lain, kalau itulah yang menjadi punca cemburu...