Tanggal 4 Januari 2010, sesi persekolahan mula membuka tirainya di seluruh negara.Bagi negeri Kedah,Kelantan dan Terengganu,sesi persekolahan telah pun bermula sehari awal berbanding dengan negeri-negeri lain.Seperti tahun-tahun lepas,berbagai ragam dan gelagat yang dapat kita lihat terutamanya daripada adik-adik yang mula menjejakkan kaki ke tahun satu.Ada yang menangis kerana takut dengan guru kelas.Tak kurang juga yang gembira kerana dapat berkenalan dengan rakan baru.
Terkenang ketika mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah.Mulanya memang tak terasa apa-apa.Tetapi,apabila dikelilingi rakan-rakan yang lebih 'besar',selalu sahaja dibuli.Mungkin sebab 'kopiah putih' yang ada di atas kepala.Lagi pun,rambut pun tak berapa nak panjang.Mungkin itu yang menjadi bahan gurauan rakan-rakan sekelas dahulu.Barangkali,disebabkan itu juga saya dilantik menjadi ketua kelas.Sesuatu yang tidak pernah terfikir.
Sepanjang sesi persekolahan,pencapaian akademik saya tidaklah begitu cemerlang.Ada keputusan yang boleh dibanggakan dan ada juga yang agak mengecewakan.Namun,mungkin rezeki saya agaknya.Berkesempatan juga menyambung pelajaran ke peringkat universiti.
Kem Anak Soleh 2009
Cuti sekolah baru-baru ini,saya dan beberapa orang rakan berkesempatan menganjurkan Kem Anak Soleh 2009(4-6 Disember) di kampung halaman khusus untuk murid-murid sekolah rendah.Harapan saya semoga peserta-peserta kem tersebut memulakan sesi persekolahan tahun ini dengan semangat dan azam yang tinggi.
Walaupun banyak halangan yang dihadapi,saya berharap ia tidak menjadi halangan untuk menganjurkan program yang lebih baik pada tahun ini.
Ia bukan saja menjadi kenangan kepada saya,malah sebagai langkah awal untuk menyumbang bakti kepada masyarakat.Semoga ia dipermudahkan.
Jom kembali ke sekolah!
Buat adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan besar pada tahun ini,mulakan perancangan kalian dari sekarang.Begitu jua buat mereka yang sedang menanti keputusan peperiksaan,isilah masa dengan bijak.Sentiasalah bertanya kepada abang atau kakak yang sudah melanjutkan pelajaran ke universiti untuk melakukan apa-apa aktiviti yang sesuai.
Bagi yang berminat membuat kerja sambilan di samping mengisi duit poket sendiri,pastikan pekerjaan tersebut tidak mendatangkan keburukan kepada anda.Inilah masa untuk belajar berdikari tanpa bergantung kepada orang lain.
Gunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya.Anda bijak jika mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah.

0 ulasan:
Catat Ulasan