Fahami Isu Dengan Betul
Penggunaan kalimah "Allah" oleh orang kafir bukanlah sesuatu yang asing.Sebelum kedatangan Nabi sekalipun,kelompok ini mengenali Allah sebagai Tuhan Semesta Alam,yang menurunkan hujan,memberi rezeki dan sebagainya.Ia bermaksud mereka mengakui keagungan Allah sebagai Yang Maha Berkuasa.Malah,semasa perjanjian Hudaibiyah,mereka memulakan surat perjanjian dengan menulis,"Dengan NamaMu Ya Allah".
Di dalam Al-Quran sendiri turut memperakui fenomena ini.Semasa alam roh sekalipun,kesaksian tentang Allah sebagai Tuhan telah diakui oleh seluruh manusia.Fitrah bertuhan sudah sedia ada di dalam diri manusia.Maka,ia bukan sesuatu yang ganjil jika kita mendengar orang bukan Islam menyebut perkataan "Allah".
Di mana perbezaannya?
Perkara yang menjadi isu ialah perkataan "God" dalam bahasa Inggeris ingin diterjemahkan sebagai "Allah" dalam bahasa Melayu.Di sini titik perbezaannya.
Jika perkataan human ingin diterjemahkan, maka perkataan yang sebenarnya ialah manusia,bukan Yusof atau nama seseorang yang lain.
Jika God yang ingin diterjemahkan,maka perkataan yang paling tepat ialah Tuhan,bukan Allah atau nama khas yang lain.
Allah ialah nama khas yang merujuk kepada Tuhan Yang Esa,tidak beranak dan tidak diperanakkan.Inilah sifat khusus yang diterangkan di dalam Al-Quran.
Andai terjemahan God kepada Allah diguna pakai,ia akan membawa kepada keterangan-keterangan yang menyeleweng.
Perkara ini yang sebenarnya menjadi kekhuatiran sebahagian orang Melayu.Kalau pun pihak tertentu menganggap ia tidak membawa apa-apa,ia pasti memberi kesan buruk dalam tempoh jangka masa panjang.
Kalau pun bukan kita yang merasainya,generasi akan datang akan menerima padahnya.
Namun,peristiwa sebegini tidaklah membawa kesan negatif secara mutlak.
Bukankah ini masa yang sesuai untuk menerangkan bahawa Allah bukanlah seperti mana yang didakwa oleh penganut Kristian?
Bukankah sekarang ini masa yang tepat untuk setiap insan yang mengaku Muslim menunaikan tanggungjawab sebagai pendakwah?
Kalaupun mereka ingin sangat menggunakan perkataan yang direbutkan itu,peranan kita ialah memberikan kefahaman yang betul terhadap Allah.
Bukankah ini ruang dakwah percuma yang terbuka untuk semua mengutip pahala?
Bukankah dengan kita menerangkan kedudukan perkara yang sebenar,akan merapatkan jurang mereka dengan agama yang agung ini?
Muslim Sebenar
Jadilah Muslim yang realiti.Bukan Muslim yang secara 'tiba-tiba' ingin mempertahankan perkara yang belum tentu difahami dengan betul.
Satu perkara yang perlu diingat,setelah lebih 50 tahun kemerdekaan negara,apa yang kelihatan bukan Muslim semakin tidak memahami Islam.Adakah kerana agama ini yang hodoh atau kita yang menghodohkan wajah asal agama?
Sudah semestinya sebagai Muslim yang benar,kita hanya meletakkan segala bentuk pengabdian diri hanya kepada ALLAH.
Jangan asyik merebut itu dan ini,setuju itu dan ini,tanpa disedari aqidah dan keyakinan turut tergadai.
Perkara yang menjadi kebimbangan saya ialah jika Muslim di Malaysia akan dilabel sebagai mudah melenting.
Pastikan emosi tidak mengawal diri.
Pastikan juga aqidah sentiasa subur di hati.

3 ulasan:
salam, benar penggunaan kalimah Allah, mungkin sekadar isu bahasa pada tanggapan sesetengah pihak, benar juga apabila perkataan Allah itu turut digunakan oleh bukan Muslim sejak awalnya lagi, walaupun sebelum kedatangan Islam itu sendiri, tapi berkaitan dengan perihal yang terjadi di Malaysia, yang mana majority orang Islam adalah kaum Melayu, mungkin kefahaman bahasa itu belum lagi mantap.. Kebimbangan sebenar ialah apabila timbul kekeliruan yang hakikatnya menyentuh soal aqidah. Kita perlu memikirkan secara menyeluruh akan kemampuan untuk orang Islam, yg kebanyakannya kaum Melayu, Apakah kita akan dapat memahami dengan baik??? Sekiranya wujud keraguan, adalah lebih baik untuk tidak membenarkan sahaja kalimah Allah digunakan oleh pihak tersebut. Malah, tidaklah benar pabila kita meletakkan kalimah Allah yang Maha Agung itu, bukan pada tempatnya....
that's right....but if we look from a different angle is there anything that we can do to change the situation?? is it possible to 'turn over the table' i.e. make it easier to preach to the non-Muslims? i mean by using the name Allah when translating their bible. will that give any impact?? some of the meaning might closely resemble to that of Qur'an...
Salam,sekadar utk renungn..
Umat Islam selalu sensitif dengan isu-isu sebegini..bukanlah nk kate isu ni remeh dan tidak perlu diendahkn..im far from saying tht..
Isu seperti ini mendapat pandangan berbeza dr pelbagai pihak even dr kalangan muslim sendiri..ada yg mengatakn tidak mengapa dan ada juga yg tegas membantah isu ini..sehingga menimbulkan pertelingkahan di kalangan umat islam sendiri...
Bagaimana pula dengan isu yg dipersetujui oleh seluruh muslim di seluruh dunia? contohnya isu serangan yahudi/israel ke atas negara2 islam..im 100% sure, hal ini jelas dibantah dan dibenci oleh semua muslim...bagaimana pula tindakbalas kita terhadapnya??masih rmai umat islam yg membeli MCD dan coca-cola..rmai juga yg memandang enteng perkara ini...walhal, kita semua sepakat bersetuju bahawa yahudi dan israel wajib ditentang...
namun apabila isu seperti ini(eg: isu guna nama ALlah) diutarakan, semua mula melenting...jika ada pihak yg cuba mendamaikn keadaan, dia dihamun dgn kata2 kurang manis..walhal dia mungkin seorg muslim yg lebih fhm "authority" berbanding kita..
Pernahkh terfikir isu seperti ini sebenarnya dirancang oleh musuh2 islam utk mengacau bilaukn umat islam??
Mungkinkah utk mengubah tumpuan kita dr Palestin kepada isu laen, sekaligus menggagalkn usaha kita yg hampir berjaya selama ini?
Bukanlah tidak perlu utk membincangkn isu2 seperti ini.. namun jika ia membawa kpd perpecahan di kalangan muslim, bukankah lebih molek jika di "slow down" kn(tidak menjadi terlalu extreme)..
DIMANAKAH AUTHORITY KITA?
Renung2 kn...
Catat Ulasan